Individu wajib berdaftar sebagai personel binaan berdasarkan syarat seperti berikut:
1). Memiliki dokumen pengenalan diri seperti
berikut:
a) Kad Pengenalan Malaysia.
b) Passport dengan permit kerja yang sah dari Jabatan Imigresen Malaysia.
c) Pas IMM13P.
2). Berumur 16 tahun dan ke atas.
3). Mempunyai sijil keselamatan seperti:
a) Kursus induksi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di Tapak Bina (SICW);
b) e-Learning Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di Tapak Bina (eSICW);
c) eSICW CIDB Holdings (eSICW CIDBH); atau
d) Sijil/passport keselamatan yang diiktiraf CIDB.
4). Melaksanakan kerja-kerja pembinaan.
5). Mematuhi undang-undang dan peraturan dari CIDB.
Nota:
Personel binaan dilindungi sehingga 70 tahun di bawah Pelan Perlindungan Personel Binaan Berkelompok CIDB.
TEMPOH PENDAFTARAN
1. Kad Pengenalan Malaysia:
- Tempoh pendaftaran adalah minimum, 1 tahun sehingga maksimum, 5 tahun bagi permohonan baru/pembaharuan.
- Tarikh tamat pendaftaran adalah berdasarkan tarikh lahir pemohon.
2. Permit Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) / Pas Penggajian (EP):
Tempoh pendaftaran adalah berdasarkan tarikh tamat permit.
3. IMM13P
Tempoh pendaftaran adalah berdasarkan tarikh tamat pas.