KONTRAKTOR G1 BUMIPUTERA
Kontraktor yang berkelayakan boleh memohon untuk berdaftar sebagai kontraktor G1 Bumiputera bermula pada 1 September 2019.
SYARAT- SYARAT PERMOHONAN PENDAFTARAN BARU G1 (BUMIPUTERA)
-
Perakuan Pendaftaran Kontraktor yang masih sah.
-
Bebas dari sabitan tindakan tatatertib atau mahkamah.
-
Modal berbayar/modal terkumpul untuk SPKK adalah RM10,000.
-
Mempunyai seorang personel teknikal yang terdiri daripada pemilik/pekerja (sijil teknikal, SKK, sijil akademik berkaitan bidang pembinaan).
-
100% BUMIPUTERA dari segi Pegangan Saham, Lembaga Pengarah, Pengurusan dan Pekerja.
-
Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan Utama, Personel Teknikal, Orang Kompeten dan Penama SPKK syarikat yang telah memiliki SPKK tidak boleh wujud/didaftarkan dalam mana-mana syarikat lain yang telah mempunyai SPKK.
-
Tempoh maksimum bagi pendaftaran baru dalam gred G1 adalah 12 tahun (4 kali pembaharuan pendaftaran).
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
-
Salinan e-info SSM cetakan tahun terkini (ROC/ROB)
-
Salinan Sijil Kelahiran setiap Pemegang Saham/Ahli Lembaga Pengarah/Penama Dalam Sijil
-
Salinan Kad Pengenalan Pemegang Saham/Ahli Lembaga Pengarah/Penama Dalam Sijil
-
Borang Perakuan Pekerjaan
-
Surat Pengesahan Bank Penandatangan Cek
-
Penyata A KWSP (sekiranya Penama Dalam Sijil @ Penandatangan Cek atau kedua-duanya bukan terdiri daripada Pemegang Saham/Ahli Lembaga Pengarah)
1. Berapakah had umur pemilik/pengarah syarikat yang ingin mendaftar dalam Gred G1 Bumiputera?
- Tiada syarat had umur ditetapkan.
2. Siapakah yang layak memohon untuk berdaftar sebagai kontraktor G1 Bumiputera
- Individu (pemilik syarikat/salah seorang pengarah) yang telah mendaftar syarikat dengan mana-mana badan pendaftaran yang berkaitan. (SSM/ROS/SKM/Lesen Perniagaan Sabah/Pendaftaran Perniagaan Sarawak)
3. Berapakah modal terkumpul atau berbayar minimum yang diperlukan?
- Modul terkumpul atau modul berbayar minimum adalah sebanyak RM10 ribu
4. Berapakah tempoh maksimum pendaftaran baru dalam Gred G1 Bumiputera?
- Tempoh maksimum pendaftaran dalam gred G1 Bumiputera baru adalah 12 tahun (4 kali pembaharuan pendaftaran) yang dikira dari tarikh mula daftar SPKK .
5. Berapakah tempoh pendaftaran bagi kontraktor G1 Bumiputera sediada ?
-
i) Bagi kontraktor G1 (Bumiputera) sediada dan telah berdaftar 20 tahun ke atas, hanya dibenarkan dua (2) kali pembaharuan pendaftaran dengan tempoh sah laku enam (6) tahun.
-
ii) Bagi kontraktor G1 (Bumiputera) sediada yang berdaftar kurang daripada 20 tahun tempoh maksimum pendaftaran adalah sehingga 26 tahun dari tarikh mula berdaftar
6. Adakah syarat teknikal diperlukan?
- Syarikat perlu memiliki kelayakan teknikal ke atas pemilik/pekerja syarikat.(sijil teknikal, SKK, sijil akademik berkaitan bidang pembinaan)
7. Adakah kontraktor sediada gred G2 dan ke atas yang memiliki PPK sahaja, boleh turun gred dan memohon untuk berdaftar dalam G1 SPKK baru?
- Boleh
8. Adakah kontraktor sediada gred G2 dan ke atas yang memiliki SPKK, boleh turun gred dan mohon untuk berdaftar dalam G1 SPKK?
- Tidak boleh.
9. Adakah kontraktor sediaada G2 dan ke atas yang memiliki SPKK boleh membatalkan pendaftarannya dan mohon daftar baru G1 SPKK?
- Tidak boleh
10. Bagi kontraktor G1 Bumiputera sediada, sekiranya memohon untuk naik ke gred lebih tinggi dalam tempoh 12 tahun, adakah boleh kembali ke gred G1 Bumiputera semula.
- Kontraktor sediaada tidak boleh turun semula ke G1 Bumiputera
11. Kontraktor telah daftar G1 sediada dan hampir habis tempoh 12 tahun, mohon batal pendaftaran dengan alasan ingin mendaftar semula PPK & SPKK baru supaya dapat 12 tahun. Adakah dibenarkan?
- Boleh batal pendaftaran tersebut tetapi tidak dibenarkan berdaftar semula di bawah gred G1 Bumiputera.
12. Setelah tamat tempoh pendaftaran G1 Bumiputera yang dibenarkan (12 tahun bagi kontraktor baru @ 6 tahun bagi kontraktor sediada), apakah yang perlu dibuat oleh kontraktor jika ingin terus berdaftar dengan CIDB?
- Kontraktor masih boleh berdaftar dengan CIDB tetapi perlu berdaftar dalam gred yang lebih tinggi G2-G7 (naik gred) dengan memenuhi syarat mengikut gred yang ditetapkan.
Berminat untuk daftar Lesen CIDB G1 BUMIPUTERA, boleh hubungi nombor tertera di bawah ⇓
https://wa.me/60193350299 ( ALYA )
https://wa.me/60182401892 ( NADIA )