LESEN KONTRAKTOR SPKK CIDB

Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)

Pemegang SPKK layak menyertai mana-mana perolehan kerajaan dalam bidang

pembinaan mengikut kelayakan yang ditetapkan seperti yang ditetapkan dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.6 Tahun 2012 dan Arahan Perbendaharaan Pindaan Bil. 3 tahun 2012 oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Pemohon perlu memastikan mereka memiliki PPK bagi melayakkan syarikat memohon SPKK. Walaubagaimanapun kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada syarat-syarat pendaftaran SPKK.

 

SYARAT PENDAFTARAN SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK)

1.1 Permohonan Baru

Permohonan hanya akan dipertimbangkan sekiranya pemohon memenuhi syarat -syarat berikut:

a) Mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor yang masih sah.

b) Bebas dari sabitan tindakan tatatertib atau mahkamah semasa mengemukakan permohonan.

c) Memenuhi syarat pendaftaran PPK. Kecuali bagi gred G1 modal berbayar/modal terkumpul untuk SPKK adalah RM10,000

d) Pendaftaran baru SPKK G1 masih dibekukan sehingga diberitahu.

e) Memenuhi syarat pemilikan ekuiti dalam syarikat lain, dan

  1. Pemegang saham syarikat/individu yang telah memiliki SPKK tidak boleh memiliki ekuiti melebihi 5% dalam mana-mana syarikat lain yang telah mempunyai SPKK.
  2. Ahli Lembaga Pengarah,Pengurusan utama,Personel Teknikal dan Orang Kompeten syarikat yang telah memiliki SPKK tidak boleh wujud/didaftarkan dalam mana-mana syarikat lain yang telah mempunyai SPKK.

Nota: Pengecualian diberi kepada konsortium, kopertasi, persatuan dan GLC (Ali Lembaga Pengarah/Pemilik).

f) Memenuhi syarat pensijilan seperti berikut:

  1. Memperolehi sijil penilaian SCORE yang masih sah sekurang-kurangnya 3 BINTANG bagi kontraktor Gred G5,G6 dan G7.
  2. Memperolehi sijil penilaian SCORE yang masih sah sekurang-kurangnya 2 BINTANG bagi kontraktor Gred G2,G3 dan G4.
  3. Memperolehi Pensijilan ISO 9001: 2008/2015 yang masih sah bagi Gred G7.

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan berkenaan pendaftaran Sijil Perolehan Kerja Kerajaan ( SPKK ), anda boleh hubungi kami ⇓⇓

https://wa.me/60193350299 ( ALYA )

https://wa.me/60182401892 ( NADIA )