FAKTA LESEN CIDB

TAHUKAH ANDA?

 

Berkuatkuasa mulai 20 Julai 1995, adalah mandatori untuk semua kontraktor samada tempatan atau asing untuk berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau CIDB dibawah Seksyen 25 Akta 520 (Pindaan 2011) sebelum mengakujanji dan menyempurnakan apa-apa kerja pembinaan di Malaysia kecuali mereka yang diberi pengecualian di bawah Seksyen 40(1) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520).

Mana-mana kontraktor yang melanggar Seksyen 25 apabila disabitkan, boleh di denda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit tetapi tidak melebihi satu ratus ribu ringgit dibawah Seksyen 29. Dibawah Seksyen 30 Lembaga boleh melalui notis bertulis yang disampaikan kepada kontraktor untuk berhenti daripada memulakan atau meneruskan kerja pembinaan atau mengakujanji untuk menjalankan atau menyiapkan kerja pembinaan.

 

1.3 Pengkhususan Pendaftaran Kontraktor Setiap pengkhususan akan didaftarkan dibawah kategori dan gred pendaftaran kontraktor. Pada umumnya permohonan baru akan diberi pengkhususan B04 dan CE21 sahaja. Walaubagaimanapun pengkhususan M15 juga akan diberikan sekiranya syarikat mempunyai mempunyai personel teknikal yang memiliki sijil teknikal/ sijil kelayakan akademik berkaitan bidang pembinaan / orang kompten / pendaftaran dengan Agensi lain.

Bagi pengkhususan F01/F02 juga akan diberikan sekiranya syarikat memiliki personel teknikal yang mempunyai sijil kelayakan akademik dan mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan fasiliti atau penyenggaraan (resume)/ sijil akademik berkaitan bidang pengurusan fasiliti (hanya untuk syarikat ROC,SKM,ROC gred G4 dan ke atas sahaja) Bagi pengkhususan yang lain seperti di Lampiran 5 penetapan pengkhususan adalah berdasarkan kepada surat tawaran kerja atau Sijil Kecekapan Pengurusan yang dikeluarkan oleh CIDB bagi memperolehi pengkhususan yang telah ditetapkan. Pengkhususan Melibatkan Akta lain / Peraturan lain / Orang Kompeten Pemohon yang memohon pengkhususan seperti di Lampiran 6 perlu memenuhi keperluan seperti yang ditetapkan.

Pada amnya pemohon yang memohon pendaftaran hendaklah memenuhi mana-mana undang-undang atau peraturan bertulis yang melibatkan aktiviti yang akan dilaksanakan jika beliau didaftarkan.Mana-mana pengkhususan yang melibatkan Akta lain dan telah tamat pendaftarannya dengan Agensi berkenaan akan menyebabkan pengkhususan tersebut terbatal. 1.4 Status Pengkelasan Pendaftaran Kontraktor Pemohon dikehendaki untuk mengemukakan/mengisytiharkan maklumat projek yang dilaksanakan sepanjang tempoh tiga (3) tahun terkini pendaftaran sebelumnya untuk penetapan status pengkelasan. Pengkelasan Perakuan Pendaftaran kontraktor adalah seperti 

Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (Mata CCD) Permohonan pembaharuan untuk melanjutkan tempoh perakuan pendaftaran kontraktor akan diluluskan berdasarkan kepada jumlah mata CCD yang dapat dikumpul dalam tempoh berkuatkuasanya sijil pendaftaran semasa. Hanya mata CCD yang diperolehi oleh pemilik /pengarah/ pekerja syarikat yang digajikan atau sijil yang diperolehi oleh syarikat akan diambilkira. Jumlah mata KEPERLUAN PROSEDUR PENDAFTARAN KONTRAKTOR & MANUAL PENGGUNA 21 CCD adalah seperti di Jadual I

Dokumen rujukan adalah seperti sijil penyertaan, sijil kehadiran, surat sokongan atau lain-lain sebagai bukti penganugerahan mata CCD seperti yang disenaraikan di Lampiran 7.Pemohon boleh berhubung terus dengan mana-mana pejabat CIDB Negeri atau Cawangan atau merujuk laman web CIDB di https://www.cidb.gov.my/ bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kursus-kursus yang mempunyai mata CCD atau anda boleh hubungi kami, jika berminat untuk menggunakan perkhidmatan kami untuk mendaftar lesen cidb syarikat anda.