Syarikat yang baharu ingin ceburi bidang ini kebanyakannya masih lagi keliru atau tidak tahu memilih gred-gred yang disediakan oleh pihak CIDB dan modal yang perlu ada. Jadi dengan ini, NNS akan menerangkan dan membantu syarikat yang ingin mendaftar berkenaan pilihan gred-gred yang diberikan dan modal yang perlu disediakan oleh syarikat.
Gred Pendaftaran Kontraktor Setiap kontraktor akan didaftarkan oleh CIDB mengikut gred pendaftaran berdasarkan kepada keupayaan dan kemampuan kontraktor memenuhi syarat-syarat kriteria pendaftaran kontraktor yang telah ditetapkan. Gred pendaftaran kontraktor adalah untuk menentukan had keupayaan menender / menjalankan kerja.
Untuk makluman, Pendaftaran PPK hanya dibuka kepada syarikat yang diperbadankan di Malaysia serta mempunyai pegangan ekuiti tempatan tujuh puluh peratus (70%) dan ke atas. Sekiranya terdapat pegangan ekuti asing didalam syarikat pecahan yang dibenarkan adalah seperti dibawah :
i. Ekuiti asing yang dibenarkan tidak melebihi 30% dari jumlah modal
ii. Ekuiti asing dari negara ASEAN dibenarkan tetapi tidak melebihi 51% dari jumlah modal
iii. Ekuiti asing dibawah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) :
a) Malaysia – Australia : ekuiti asing tidak melebihi 49%
b) Asean-Australia-New Zealand : ekuiti asing tidak melebihi 49%
c) Asean-Korea : ekuiti asing tidak melebihi 30%
d) ASEAN – China: ekuiti asing tidak melebihi 30%
e) Malaysia – Pakistan : ekuiti asing tidak melebihi 49%
f) Malaysia – Jepun : ekuiti asing tidak melebihi 30%
g) Malaysia – New Zealand : ekuiti asing tidak melebihi 49%
h) Malaysia – India Comprehensive Economic Cooperation Agreement : ekuiti asing tidak melebihi 51%
*Nota : Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
Lihat lampiran dibawah untuk mengenali gred dan modal yang diperlukan untuk setiap gred. Syarikat juga boleh memilih gred berdasarkan projek yang dijalankan tetapi perlu pastikan modal mencukupi dengan gred yang dipilih.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh KLIK di sini atau HUBUNGI KAMI