BAHAN-BAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMBINAAN

BAHAN-BAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMBINAAN MENGIKUT KEBENARAN CIDB

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) adalah merupakan agensi kawal selia kepada industri pembinaan negara. Peranan ini telah diperjelaskan melalui

Akta 520 dengan fungsi CIDB sebagai badan penguatkuasa yang mengawal selia kualiti industri pembinaan di Malaysia. Perlaksanaan pematuhan Standard ke atas bahan binaan ini oleh CIDB tertakluk kepada Perintah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia yang terkandung di dalam Jadual Keempat yang mana prosedur pemerakuan dilaksanakan melalui pengeluaran Sijil Kelulusan atau ‘Certificate of Approval’ (COA) bagi produk import (Produk Import COA) atau pengeluaran Sijil Perakuan Pematuhan Standard (PPS) bagi produk binaan tempatan. (Produk Tempatan)

 

Objektif perakuan ini diwajibkan penggunaannya kepada sesiapa yang berurusan dengan pembinaan seperti pengilang, pembekal, pengedar, kontraktor binaan atau sesiapa yang terlibat di dalam pembinaan diantaranya ialah bagi:

 

 

i. Memastikan setiap bahan binaan yang dikuatkuasakan mencapai tahap kualiti yang baik/tinggi sebelum digunapakai dalam industri pembinaan negara;

 

ii. Memastikan bahan tidak berkualiti tidak dibenarkan dikeluarkan ke pasaran tempatan;

 

iii. Memastikan produk pembinaan menjamin keselamatan pengguna / pekerja tempatan;

 

iv. Memastikan keseragaman penandaan (marking) pada produk binaan bagi memudahkan pengenalan kualiti kepada pengguna.

 

Larangan menggunakan produk-produk bahan binaan yang tidak diperakukan oleh CIDB telah dinyatakan di dalam Akta 520 Seksyen 33D (1) (Akta 520) yang mana memperuntukan larangan terhadap berurusan dengan bahan binaan yang tidak diperakukan oleh CIDB manakala keengganan menggunakan produk yang tersenarai dan diperakui (Sila layari ccpm.cidb.gov.my bagi memaparkan produk-produk yang telah diperakui) oleh CIDB akan mengakibatkan kontraktor atau sesiapapun yang berurusan dengan produk yang tidak diperakukan itu serta di bawah Seksyen 33D (2) apabila disabitkan, denda tidak kurang daripada RM10, 000 tetapi tidak melebihi RM500, 000.